Monday, November 22, 2010

saya budak baru belajar :D

hari ini dalam sejarah.
pertama kali aku guna software Adobe Photoshop CS3.
aku memang tataw ape2 langsung. bermula dengan zero la ni.
tapi takpe, im still trying, keep crawling, meraba-raba, terkebil-kebil, terkial-kial, tercari-cari buttons yang sepatotnya.

first of all, aku try guna picnik, tapi ade some of the applications tu nak kena upgrade dulu la hape la. so, aku decide nak guna benda laen lak.
pastu ade la sorang mamat nih suro aku guna CS3. so, dgn bantuan dia, aku download la software CS3.

tak pernah2 pon aku bersemangat cmni utk edit gamba.
dulu2 ade jugak la try, tapi hampeh di tgh jalan je. hahaha.
tak minat kot. so leceh.
tapi disebabkan mimpi aku haritu, aku rase mcm nak mimpi tu jd realiti la. hahaha.
edit gamba, tempah jadi puzzle, then bg kt orang sempena birthday.
bia dia pulak yg bersusah2 nk bwat puzzle.
biar sama2 susah la katakan. hee :D

pape pon aku sangat beruntung kerana ada juga orang yang sudi bagi tunjuk ajar kepada aku yang memang 'BUTA' ni. thanks man! i owe u! hehehe :D
sampai skrg pn tak siap lg kot aku edit gamba neh. kena byk sabar woo.
dhla aku ni jenis yg complicated, macam2 and fussy cket.
so, paham2 la ye.
nanti dah siap, insyAllah aku akn upload la hasil usaha aku tuu.

hasta pronto!! mmuahh






Sunday, November 21, 2010

bila sudah borink, saya kembali ;)


dah lame sgt aku tak update blog ni. tgk jelah last update before this entry. sangat lame kan? cuti sem dh bermula, duk rumah bila dah nothing to do camni bole la aku update cket. dgn harapan nak mengimarahkan blog ni. hehe :D


oh yaa, skrg ade kt kampung. biase happy je blk kampung sbab bole kuar dgn membe2. but this tyme, hmmm. a bit buhsann bcos most of them takde. ade yg tak abes exam lagi, ade jgk yg dh abes exam tapi tak reti2 nak balik la, ade yg br pegi lepas raya utk amek exam, ade yg tak abes sem lg. and mcm2 lg la dorang ni. kesimpulannya, aku jelah yg ade kt umah ni. hukhuk :(

bila takde sape nak hangout with, memang duk rumah jelah kan. tambah pulak dgn hujan bagai, mmg aku mkn, tido, online jelah 24-7. hmm, bila pikir pasal gemok, itu mmg sesuatu yang tak boleh disangkal lg bile duk umah. kadang2 balik 3,4hari pun berat aku dh bole naek 1kg dah. hahaha. tapi alhamdulillah, senang naek, nk turun pn bole tahan la senang. tapi takde la sesenang naek. (korang paham tak? harap2 paham lah ye.)

tapiiiii....

utk seminggu ni, Alhamdulillah la sebab ade anak buah kt umah, so takde la borink sangat. aku lyn dorg tgk tv la, nyanyi la, bagi dorg makan ape sume. and and, maen monopoly dgn dorang. hehehe :D (too childish kah aku? hahaha)

itu saje lah kot entry aku untuk kali ni. nnt ade mase dan bila dh borink, aku update lg. insyaAllah ;)



p/s: kepada sahabat, semoga cepat pulang. aku bosan.




Wednesday, March 31, 2010

3 bulan..??

ohh... wat i'm going to do??
adesss....

some said kawen..
some said 'tanam anggur' kt blkg rumah.. haha.. klo itu tanah aku sndiri xpela jgk kn... ni tanah ntah sape2 nth... hhuhu

ade jugak yg ckp bwat amal ibadat.. haihhh... itu mmg perkara wajib la kwn... x cuti pon mmg kne bwat.. tp klo tyme "cuti" hahaha... mase tuh xyh bwat.. bg pompuan laa.. huhu..

ade jgk yg suroh ak kira pasir depan umh ak nih... omaigoddd....! (xsanggup ak weii)

si baya nih pulak suroh ak join kursus jahit menjahit... klo ak btol2 join kursus tuh, xleh cari mkn la penjahit2 yg sedia ada kn... hahaha..

kakak aku pulak, die bg idea, suroh ak tdo 1bulan utk rest kepala katenye.. sambil2 mimpi yg baik2 plus indah2.. after that, bangun n jadikan mimpi itu realiti... wooottt...!!!


urrhhhh... mcm2 la korang nih... ak siyes, korg lak maen2..
i juz need ur opinion frenzzz...
hurmmm...~~


Sunday, January 24, 2010

Tidur: Kematian Kecil, Kematian: Kiamat Kecil

Allah SWT sebelum menyatakan akan Dirinya yang merupakan penguasa pada hari pembalasan menyatakan bahawa Dialah Rahman (zat yang paling rahmat) dan Rahim (sentiasa menyifati dan bertindak dengan rahmat). Rahmat memberi manusia harapan untuk terus berusaha tanpa takut untuk terjebak di dalam kesilapan. Kesilapan akan sentiasa dapat diperbaiki dan diganti dengan kebaikan kerana rahmat Allah yang Maha besar. Namun, Allah SWT yang mengenali hamba-hambaNya melebihi sesiapa mengetahui bahawa bagi manusia harapan sahaja tidak cukup. Jika harapan sahaja yang disampaikan kepada manusia akan menimbulkan sikap meremehkan dan mengambil mudah akan perkara tersebut. Maka, Allah SWT tidak membiarkan manusia leka terhanyut dalam harapan sahaja tetapi Allah SWT menjaga manusia dengan sesuatu yang berbentuk ancaman.
Itulah sebabnya kita dapat melihat bagaimana setelah Allah SWT memberikan harapan kepada manusia dengan rahmatNya. Allah SWT beri pula ancaman dengan hari pembalasan. Manusia yang memikirkan hal ini berusaha gigih mengejar harapan dan pada masa yang sama gigih mengelak dari terjerumus dalam ancaman. Kegigihan manusia ketika ini berlipat ganda. Manusia menjadi lebih serius dan peka. Lengah dan bertangguh-tangguh bukan lagi menjadi amalan manusia. Bagaimana mungkin untuk berlengah dan bertangguh-tangguh sedang dibelakangnya ancaman mengejar dan didepannya harapan menunggu. Allah SWT berfirman :
“Kabarkanlah kepada hamba-hambaku bahawa sesungguhnya Akulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah azab yang sangat pedih.” [Al-Hijr : 49]

Menyatakan dengan jelas bahawa Allah SWT sebagai penguasa hari pembalasan adalah ancaman bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh mengejar rahmat. Allah SWT mengingatkan manusia yang sentiasa berlengah mengejar rahmat agar bersungguh-sungguh dan sentiasa bersedia. Peluang melakukan kebaikan tidak terbuka untuk selama-lamanya. Kematian akan hadir dalam keadaan tidak disangka-sangka. Itulah sebabnya kematian dianggap sebagai kiamat kecil. Amalan terputus dan kita semua dimasukkan ke ruangan menunggu. Sambil menerima ganjaran atau balasan di dalam kubur.
“Setiap jiwa akan merasakan kematian..” [Al-Anbiya’ : 35]

Seorang badwi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW akan kabar apa jantina yang dikandung isterinya dan akan waktu turunnya hujan dan waktu kematiannya. Maka Allah SWT menurunkan ayat akan lima kunci ghaib yang hanya menjadi ilmu Allah.

1. Ilmu tentang hari pembalasan.

2. Ilmu tentang penurunan hujan, waktu dan tempanya.

3. Ilmu tentang keadaan janin, sifat dan jantinanya.

4. Ilmu tentang apa yang bakal terjadi kepada seseorang di masa akan datang.

5. Ilmu di mana seseorang akan dicabut nyawa.

“Sesungguhnya Allah pada sisiNya sahajalah ilmu tentang hari pembalasan, dan Dialah yang menurukan hujan, dan (Dialah) yang mengetahui apa yang terkandung di dalam rahim, dan tiada seseorang pun dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diterimanya atau diusahakannya (dari kebaikan atau keburukan) besok, dan tiada seseorang pun dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Menegetahui lagi Maha Mengenal.” [Luqman : 34]

Rasulullah SAW mengajar kita agar bijak menyikapi hal ini. Kita perlulah pro-aktif untuk meraih kemenangan dunia dan akhirat. Sabda baginda SAW : “Seorang yang bijak adalah yang menghitung dirinya dan bekerja untuk sesudah kematian.” (atau seperti yang dikatakan)

Ketika hari pembalasan tiba semua manusia akan dicabut nyawa. Tiupan sangkakala yang pertama membuatkan seluruh makhluk hancur. Tiupan sangkakala yang kedua pula membangkitkan semula seluruh manusia dan dikumpulkan di padang mahsyar. Keadaan hari ini bermula dengan kedahsyatan yang tiada tara. Manusia tidak lagi memikirkan yang lain. Saking dahsyatnya Allah SWT gambarkan ibu yang ketika itu mengandung berlari ketakutan hinggakan anak di dalam kandungannya dicicirkan pun si ibu tidak perasan. Tidak ada lagi mereka yang memikirkan anak-anak mereka atau memikirkan ibu-bapa mereka. Apalagi teman-teman. Hanya satu di dalam minda dan diri manusia ketika itu. Bagaimana aku menyelamatkan diri?
Kematian merupakan suatu yang pasti bagi semua manusia. Tidak ada seorang pun yang menafikan dirinya akan mati. Namun, sikap menghadapi mati tidak sentiasa sama. Ada golongan yang percaya kematian hanya sekedar kematian. Mereka ini berusaha sedaya upaya menikmati kenikmatan dunia tanpa peduli apa pun melainkan kepuasan diri mereka. Mereka yang mukmin meyakini bahawa kematian merupakan sebuah permulaan bagi kehidupan baru. Kehidupan yang mereka lalui di atas muka bumi ini adalah peluang untuk mengumpul bekal demi perjalanan hakiki di kehidupan setelah mati.

Ketika Allah SWT menjelaskan tentang diriNya yang merupakan Tuhan semesta alam. Dia mengajak manusia untuk menyedari bahawa alam ini termasuk diri manusia sendiri merupakan ciptaannya. Dia jugalah yang mengatur alam dan diri manusia. Dia jugalah yang memiliki alam dan manusia. Lalu ketika dia mengistiharkan diriNya selaku penguasa hari pembalasan. Sekali lagi dia menegaskan bahawa kepemilikan, penguasaan, pengaturan tetap menjadi miliknya. Seharusnya mereka yang berfikir dapat melihat dan mengakui bahawa dirinya juga termasuk di dalam senarai ciptaan yang merupakan milik Allah SWT.

Antara hidup dan mati, adalah antara peminjam dan pemilik, antara hamba dan tuan.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Demi Zat yang ditangannya nyawaku, sesungguhnya kalian semua akan mati seperti mana kalian tidur dan kalian akan dibangkitkan semula seperti mana kalian terjaga dari tidur. Sungguh manusia sentiasa berada dalam keadaan tertidur (leka) lalu ketika datang kepada mereka kematian barulah mereka terjaga (sedar).” Maka dikatakanlah kepada Bani Adam :
“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.” [Qaaf : 22]
Manusia sentiasa lalai. Kemewahan menggunakan segala anggota tubuh dan kenikmat menjalani kehidupan di dunia telah menyebabkan manusia terlepas pandang akan hal-hal yang berupa kematian, perhitungan, pembalasan dan lain sebagainya. Maka ketika tiba saatnya iaitu pada hari kematian atau hari pembalasan Allah SWT akan mengangkat hal-hal yang dahulu menghalangi manusia dari melihat kematian dan segala yang terjadi setelahnya sehingga manusia ketika itu dapat melihatnya dengan begitu nyata sekali. Segala yang dahulu mereka nafikan di dunia kini diperlihatkan dengan begitu jelas. Tidak ada seorang pun yang tidak akan menyesali keadaan mereka pada saat itu.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada seorang manusia pun yang mati melainkan dia akan menyesali (kematiannya).” Para sahabat bertanya, “Apa yang mereka sesali?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka yang buruk keadaannya menyesali akan keburukan yang telah mereka lakukan sedang mereka yang baik keadaannya menyesal akan kesedikitan kebaikan yang telah dia lakukan. Maka setiap detik yang berlalu bagi manusia yang tidak mengingati Allah akan menyesali kehilangan detik itu.

KEADAAN MANUSIA DI HARI PEMBALASAN

Allah SWT memberi peringatan yang banyak akan hari pembalasan di dalam Al-Quran. Manusia terputus peluang mengumpul bekal. Semua saling memerlukan perlindungan namun perlindungan yang ada hanya perlindungan Allah. Perlindungan khusus disediakan kepada hamba-hamba pilihan Allah SWT. Semua kehausan. Tiada sumber air melainkan yang menjadi pengikut Rasulullah. Mereka yang beruntung sahaja diperkenan meminum air dari tangan baginda SAW yang menghilangkan dahaga buat selama-lamanya. Allah SWT berfirman :
“Hari yang setiap manusia tidak berdaya sedikit pun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.” [Al-Infithar : 19]

Semua orang melaporkan diri mereka kepada Allah SWT selaku penguasa hari dahsyat itu. Manusia mempersembahkan segala yang mereka miliki tanpa mampu menyembunyikan sesuatu atau berdusta.
“Di kala datangnya hari itu, tidak ada seorang pun yang berbicara, melainkan dengan izinNya. Maka, diantara mereka ada yang celaka dan ada yang bahagia.” [Hud : 105]
“Pada hari itu, ketika ruh (Jibril) dan para malaikat berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata kecuali siapa yang telah diberikan izin kepadanya oleh Tuhan yang Maha Pemurah dan ia mengucapkan kata yang benar.” [An-Naba’ : 38]

Tidak ada yang terselamat dari mahkamah ini. Tidak ada dokumen yang tersembunyi atau hilang. Segala bukti telah didokumenkan di dalam buku amalan setiap individu. Para malaikat yang bertugas sekali pun tidak diberi hak berbicara melainkan dengan izin Allah dan kata-kata mereka pasti akan tepat dan benar.
“Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka. Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami ciptakan kamu pada kali yang pertama, bahkan kamu mengatakan bahawa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu perjanjian (hari pembalasan). Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakukan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula meninggalkan yang besar melainkan ia mencatat semuanya” dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan tuhanmu tidak menganiaya seorang pun.” [Al-Kahfi : 47-49]

Hari pembalasan hadir dan segala sesuatu berada di tangan Allah SWT. Mereka yang bersabar atas diri mereka selama di dunia akan mendapat balasan yang mereka nantikan dari nikmat. Mereka yang zalim dan angkuh selama di dunia menghadapi masalah besar ketika itu.

Allah SWT menggenggam langit dan bumi lalu berseru, “Akulah Raja! Mana raja-raja bumi!!?? Mana mereka yang sombong!!?

“Bagi siapakah kekuasaan pada hari ini (hari pembalasan). Bagi Allah yang Esa lagi Maha Kuasa (Qahhar).” [Al-Ghafir : 16]

Tuesday, October 20, 2009

menghitung detik bersame..


arini dh 21hb, tinggal lg beberape hari je nk start final exam..
final start ari kamis ni dh.. 29hb.. huhu..
nasib baek ade 4paper je sem ni yg ade final.. syukur2..
tp paper mcm hape je.. sgt susah kot..
subject bace2 lak tuh..
adehh... lemah btol laa..

sebelum start final, kami plan nk berfoya2 dulu..
memandangkan ni sem akhir kami bersame bcoz sem depan dh start practical training dh.. masing2 dh ade tempat nk practical.. tp ade lg la yg keciciran, xdpt kt mane2 lg.. alhamdulillah, ak dh dpt, kt kelantan.. hihi..

hmm... abes je final exam nanti, 9 november, maka tamatlah kisah kami di shah alam..
semua akan bawak haluan masing2.. for sure aku akn merindui mereka semua..
espeacially yg rapat ngn aku laa.
Intan, Zaty, Eazy, Chaol, Nizam, KUwe, Emma..
byk sgt kisah2 bersame dorang nih..
nnt contact2 la ye sahabat..

kpd INTAN, maaf byk2 ye klo2 slame kite kenal ni byk salah kt ko.. beberape sem kite jd rumet.. banyak sgt wat ko terkejot2 kan.. n wat ko takot.. haha..
halalkan mkn minum ak.. n ilmu yg ko ajar ak.. especially mase Qc.. haha..
nnt kite jumpe mase prctical eyh.. thanx la sudi kwn ngn ak.. thanx gk sudi dgr aku berceloteh.. haha

kpd ZATY, maafkan kite. Kite taw kite byk bwat salah ngan awk.. bwat awk terase.. klo2 kite ade control awk ke ape ke.. maafkan jugak utk hari2 yg lepas, yg kite berdua xcakap. i am dissapointed with you actly.. tp xpe.. maybe kite ni yang melebih2 kot, en.. huhu. awk, halalkan mkn minum kite.. dan ilmu2 mase kite belaja same dulu k. thanx sudi layan kite, yang agak macam2 nih.. harap awk ikhlas.. thanx for your help n support selama ni.. really appreciate it dear..

kpd EAZY, maafkan jgk ape2 eyh.. rase cm xde pape sgt kot.. 0-0 je eyh.. thanx for the friendship yong..

kpd EMMA, sorry selalu kacau ko.. setiap mase lak tuh.. sangat best kacau ko.. haha.. mst aku akn rindu ko lebih la babe.. haha.. thanx jgk coz tlg anta or ambik ak kt komuter.. huhu..

x lupe rumet utk sem ni, ANISA dan MARYAM..
teman2 sahurku.. haha..
slalu gado2 ngan korg..
mintak ampun dan maaf ye.
dan x lupa juga kpd smua clsmates ak..
amek yg baek2 je eyh.. yg jahat2 pasal ak,jgnla korg ingat. haha..

i'm gonna miss u all!!
love you..
gudluck semua..
jumpe sem depan mase dinner n presentation eyh.. huhu

Thursday, July 16, 2009

Miley Cyrus-The Climb

I would like to dedicate this song to all my frenz.....muah!!!!




I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

Wednesday, June 24, 2009

rempit.. 23th June 09

setelah sekian lame rancang nk merempit ramai2 g pantai lastly berjaya jgk semalam even 2buah motor je.. huhu.. dh ramai yg xde,bawak haluan msg2 ore kato.. ipe,baya,a6 xdop doh.. ktorg b'4(aku, aja, fishah, ain) g Pantai Sri Kemayan,dkt ngn umh Fishah(ikam).. si ikam la yg bwk g sane. mula2 2 sesat meta, jale jauh. maso blk br la raso dekat. huhu. tp xpe, best g sano.



















Welcome to My world