Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Ipoh Mali :)

Assalamualaikum! :D

Cuti chickenpox dah abes dah. Alhamdulillah, dah baik dah. Weekend baru ni saya dan family (abang, kak ipar, kakak dan anak2 buah) ke Ipoh, Perak. Kebetulan pulak saya dapat MC masa budak2 tengah school holidays kan so ape lagi, ikut saje lah mereka. Heee.

Sampai je kat sana, we had char mee(sebab kuey tiaw habes) at Batu 8, Ulu Kinta. Memang terbaek I tell youuuu. Sangat best walopon makan char mee. Kalau dapat char kuey tiaw, tataw lah cmane. Confirm lagi sedappp. Ohh yaa, tempat tu abang yang recommend kan sebab dulu dia salu makan kat situ mase study. Hehe. 

Kami ke Ipoh sebab Dayana kena perform kat sana sempena Karnival Kenali Asean di Jusco Kinta City. So alang2 kami ke sana terus la jalan2 tak ingat dunia. Here are some picturessss :)

At Jusco Kinta City.
Tunggu lift nak turun ke ground floor agak lama. Hmm.

Dayana perform 3lagu mase ni.
Tak sabar tunggu dia abes perform sebab nak jalan2. Hehe

HERE WE GOOOO! :D

Kellie’s Castle:


Pokok yang menyerupai muka beruang.

Ni adalah laluan yang dipercayai roh William Kellie tu berlegar2.
So, kami buat la muka ala2 misteri sikit :D 


Ni hasil daripada sesi photoshoot from their Papa :)


Gambar ni pulak Dayini yang snap,
baru darjah 2 dah kreatif amek gambar.

Gua Tempurung: 
Kitorang masuk kat dalam gua tu dengan pakej Tour 1 (40mins pegi dan balik). Penat seyhh naek tangga. Check it out!

Subhanallah!

Penat naek tangga ohh. Berpeloh2 dah.


Ni last stop. Best gila duk sini sebab berangin. Hilang abes segala peloh2.
Katanya si ranger,angin tu from the entrance.

Jom turun. Slow betol turun sebab
si Dayana tu penakut nak turun tangga. Hahaha

Lost World Hotsprings & Spa:
Malam tu pula kitorang mandi2 dengan suhu 37 - 45°C. Saya berendam dengan selesanya, rasa sangat best bila dapat berendam dengan kulit badan yang tak berapa nak sehat ni. Rendam muka lama2 memang terrrrrbaek. Bila dah siap mandi, I just realized that my face has no bintik2 at all. Heee. I like :)


Takde gambar kitorang mandi pun sebab semua nak mandi
takde sape nak snap2. Heee

Taman Rekreasi Gunung Lang:
Esoknya, last day kat sana before balik ke Putrajaya, kami singgah kat sini. Banyak betol la Raja Sehari pegi photoshoot kat sana. Ade la lebih kurang 10couples. Haih, rasa nak kawen jugak je :)


First couple yang kami nampak. Yang ni paling advance
sebab buat photoshoot kat jeti. Siap baring2 lagi kat jeti tuu.



First and second attempt.

Third attempt.
Haaa, this one baru nampak clear building kat belakang tuu :)

Oleh kerana tempat ni tak berapa nak best, kami buat
aksi2 sendiri untuk bestkan keadaan :)

Macam2 reaksi muka dah :)

Bila takde sape yang tiup wisel kat playground ni.
Kami lah yang conquer. Hahaha :D


Posing while waiting for the boat :)

Sape kata orang sakit macam saya tak boleh jalan2? Kamu semua salah. Hahahaha. We had sooooo much fun there. And I love to be there again and again. Hopefully there will be another family vacation for us :) <3 <3 <3

Tuesday, May 31, 2011

Dua Minggu :)

Assalamualaikum :)
Hmm macam biasa lah, bila ade something yang panjang berjela baru la nak type kat blog ni. Hehe. Oh ya semenjak cuti sem haritu saya tak post ape2 entry pun kan. So entry yang ni nak start from cuti sem aritu la. Cuti sem saya 2minggu saje aritu disebabkan saya rajin sangat nak amek intersession untuk Human Resources Management (HRM) punya course. Bila dah abes cuti sem 2minggu, kembali ke UiTM. Bila dah start blajar 2minggu saya dapat cuti ‘peristiwa’ pulak daripada Doktor Hebat Pusat Kesihatan(PK). Punya la kelakar Doc tuuu, saya tunjuk chickenpox saya kat dia bole pulak dia cakap “ohh, ni kena gigit nyamuk je ni”. Haihhh. Doc tu macam tak nak jadi Doc lama je. Hahaha. Kalo setakat kena gigit nyamuk takde la saya nak buang masa pegi PK dgn service yang agak lambat. Bayangkan eh ade la dalam 30minit tunggu dorang nak bagi ubat. Padahal takde orang pun amek ubat. Aigoo. Dahla bagi ubat mengarut(bak kata abang saya). Last2 abang beli ubat kat farmasi jugak.

Gambar? Sorry tak dapat nak upload sebab sangat chomel muka saya sekarang ni. Hanya insan terpilih saje yang dapat tengok. Hee :D just imagine my face full with the chickenpox thingy that makes me feel like tanak sentuh langsung sebab rasa sedih sangat bile sentuh, sekelip mata saje berubah jadi cam gini. Tak sampai hati nak rasa dia punya gerutu tuuu. Kat kepala dan badan pun sama jugak, kiri kanan depan belakang atas bawah you name it, semua tempat ade. Nak tido pun rasa tak selesa sampai terpikir nak tido sambil berdiri je. Hahaha. Nasib baek kat tapak kaki je takde. Nak sandar pun sakit, bole dikatakan everyday mesti ade 3-4jam saya tak sandar langsung, bila dah penat sangat masuk bilik baring terus tetido. Tido pun ala kadar je pun sebab sakit jugak kan. Nak minum makan pun sama, sebab kat dalam(tekak) pun kena jugak. Tsk tsk :(

macam ni la lebih kurang saya punya chickenpox.
cuma bezanya muka saya tak seputih budak ni je. hahaha :D

Apa-apa pun thanks to Allah for giving me this greatest challenge in my life. Allah hanya uji manusia setakat kemampuan seseorang itu. Means that bila Allah bagi saya penyakit ni Dia taw saya boleh harungi cabaran ini. Jadi saya kena kuatkan semangat untuk harungi hari-hari yang mendatang. And I am pretty sure there must be a reason behind this.  Sekarang sedang nak ready kan diri mentally and physically if there are scars that will permanently remain on my face or body. Hopefully takde la. InsyaAllah.

Thanks kepada mereka yang banyak bagi petua orang dulu2. Ade yang cakap minum air kelapa, ade yang cakap takleh makan kicap nanti parut jadi hitam, takleh makan seafood dan telur nanti gatal, takleh kena hujan nanti jadi ape pun saya tak pasti. Setakat ni saya tidak berpantang ape2 pun. Hee. Perubatan yang moden tak perlu sangat nak ikut petua2 tu semua, tapi air kelapa saya minum laa. Paling best, bukan saya sorang je yang kena chickenpox ni. Kena berjemaah! Haha. 4orang yang kena woot woot. Me, sis-in-law and two of my nieces. Macam seronok pulak bila kena ramai2 gini. Cukup mase makan ubat same2, sapu ubat same2. Macam berpesta pun ade. Hehehe.

“Ya Allah ya tuhanku semoga kami semua dapat mengharungi dugaan ini dengan jayanya. Dan saya berharap kami dapat sembuh secepat yang mungkin untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Amin.” 

Tuesday, February 22, 2011

Was asked to do this, "About Me" ;)

Assalamualaikum.  Hello!

It's been a long time I have not post anything here.
Ohh, actually this is my first entry for this year. HAPPY NEW YEAR everyone! Hee :D
You can see my title for this entry, right? Okay, this is my assignment for the ITC 400 subject. My lecturer for this subject is Madam Hajjah Fazilah binti Haji Ismail. She was assigned us to make a blog but since I already have it, so I will not wasting my time to create a new one. But for this time being, my entry will be in English instead of Bahasa or 'rojak' one for the whole semester. Whoa! I am so afraid, no one will read my blog anymore. Hehe :D

Okay, here is my first assignment. Check it out!




The name given is Siti Norsheda binti Zainudin. I was born in Kota Bharu on 29th November 1988. I am the fifth of six siblings. I feel grateful for being the fifth because I have three brothers, one sister and one younger brother.  Since I was the youngest sister, other than my parents, they also helped me a lot in whatever I do. My family was graced with the presence of two sisters-in-law, three nieces and one nephew. Okay, I do not know what to write anymore since it is just about me. Oh yeah, my family would call me Sheda except for younger brother, he would call me Kak Da (sometimes my parents also call me Kak Da since only me and him who staying at home) and my nieces & nephew would call me Cik Da. I love being around them so much.  No words could describe it. Whatever it is, I will stick with my own principle, FAMILY FIRST. 

My early education was at Sek. Keb. Banggu, Sek. Men. Keb. Kubang Kerian 1 and now at UiTM Shah Alam. I am taking Textile Technology course in degree level. Before entering university, I studied computer courses in Cosmopoint for 3 months and at the same time I went to driving classes. I also worked with my cousin as a caterer during the holidays after SPM while waiting for the examination results and approval of the university.

That is all for now. Till we meet again. :D

Sunday, December 12, 2010

hari-hari bahagia dan tenatku...

Okay, actually takde benda nk potpet disini. Tapi disebabkan boring, bole la type ape2 pun kan. Entry ni khas untuk cerita pasal hari2 sebelum convo, semasa convo dan selepas convo. terimalah seadanya ye ;)

SEBELUM...~
Tanggal 27th november, malam, sampai kL. 28th, pegi jalan2 kt suarasa Serdang dan MAHA expo near to suarasa. Sempat la pegi MAHA walopon separuh jalan sbb dah penat dan terlampau ramai org. Maleh nk tggu utk naes bas dan segala bagai. Malam tu nak kne tdo awal sebab besoknya nk kena gerak pagi2 lg ke Shah Alam. Tapi mission tak berapa nk berjaya sbb gastrik. hee :D so tdo lmbt jgk la sket. 

29th november:
From Putrajaya ke Shah Alam, ambil mortar board and robe, rehearsal at Dewan Sri Budiman, pastu sesi begambar and posing2 with all friends of AS118 batch '07 sekitar UiTM. Dah penat begambar, lapa la pulak kan. So, kitorang ke Daun Pisang seksyen 9 berdekatan dgn Plaza Massalam. Fuhh, punya la berkira tuan punya kedai ni. Dorang semua tanak order masakan panas, nak makan nasi lauk2 kne charge 20% kot. Charge utk tempat katanya. Semua kete dh smpai, tapi ade 1 kete lg je tak sampai. Mula2 mcm pelik jgk la sbb kete yg tak sampai lg tu, si driver nye mmg expert gile la bab jalan2 ni. Tapi takpe, tunggu jelah dorg sambil minum2 dulu. Pastu bile semua dh smpai, dorang pegi la amek nasi dan lauk2nya. Saya tak makan sbb perut masih unstable on that time. Act, i got planned already, maw ke Damansara. Tu pon klo dorg dah takde plan ke mane2 la. So tanya dan btaw dorg nk blah awal cket. lgpon tak makan kn. skali tgk2 ade birthday cake pulak. Rupanya dorang yg lambat sampai tu g beli cake duluuu. Aishh. Lagi la rase mcm nk blah terus. Hahaha. Maw kena cake icing kat muka ni haa. Before dorg makan, sempat lg nyanyi dulu 1round. Terharu sekejap dan agak segan sebab ramai kot org ade kt situ (orang tgh mkn kt kedai tu laa), thanks guys, love you! niat utk blah awal tak kesampaian, last2 blah same2 jugak. Huhuhu.

mase ni sgt excited sbb baru je dapat mortar board and robe. teruja! hee :D
(amek org punya gamba je ni)


jubah ni sgt labuhhhh. sebab tu la saya lipat mcm tu. hahaha
terima kasih awak sbb edit gambar ni ;)


terima kasih awak, again! :)


ni kt Daun Pisang :D


tadaaaaa~ :D :D

Habes story kt Shah Alam, kite pegi ke Damansara pulak. hee :D

A longggggg journey, i think? hahaha. Org nk ikut jalan ni, dia nk ikut jalan tu. Last2 lantak dia la, maleh dh nk tnjuk jalan. Pusing sana pusing sini. Almost 1hour br smpai ke Cineleisure. Gile lameeee kannn??? Patu tengok movie Next Three Days dgn dia. And then, same2 tanak mkn, so anta jelah dia balik. Sebelom anta dia balik, kena g amek si penunjuk jalan dulu, because i have no idea how to go to LRT kJ. Hahahaha. Malu malu. Tapi takpe, saya bukan org sana. Excuses! heee :D

Sampai rumah si penunjuk jalan, ade drama pulak dahhhh. Ohh okay, memang dh plan dgn penunjuk jalan ni haa, nk kuar before convo. Kebetulan pegi Damansara, terus jelah jumpe dia. Tayah pegi byk kali. Bawak mangoes utk dia. Sbg perangsang utk gaining her weight. dh bet kot, nk blanja makan klo meet the target. Tapi dia dh give up awal2 dah. Hahaha. Ehh, drama drama. Haaa, camni. Dah smpai depan rumah dia, terus je call btaw dah smpai. Dia ckp okay. Tengah tunggu dia kt depan umah, skali mama dia yg kua. Ajak naek dulu. Mula2 tanak naek sbb mesti kejap lg kuar lah budak tuu. Patu mama dia ajak lg smpai la mama dia ckp cmni, "anol kat toilet tu, naek lah dulu. Nanti anol marah pulak klo tak naek." Patu dh mcm hmm haih. Serba salah kott dan tak sampai hati nk tolak lg sbb org dh ajak byk kali kan. Da tu pulak mama dia sndiri yg ajak. Lagi la rase mcm tak bole ni klo tak naek, kena naek la walopon seminit dua. Bgtaw dia(si driver), suh tggu dlm kete jp.


Dah nk smpai kt pintu mama dia jemput masuk, baru je melangkah satu kaki terus rase mcm nk kuar balik. Hahahaha. Oh nooooo! Terharu(utk kali kedua) segan malu semua ada. Rupanya dialog itu adalah drama semata2. Ishh. Saya pecaye bulat2 kot. Tak pk pape dah. Lurus jgk la saya ni ek? heee :D Haa, nak taw knape sy nk kuar balik? Sebab mase masuk tu tgk2 si penunjuk jalan tu tgh pegang 3 balloons and 1 cute cake! Sambil tersenyum dan terus nyanyi. Pffft~ terus je mnyorok belakang pintu. Malu dan segan i seyh. Hahaha. Dahla first time pegi umah, jumpa mama dia ape sume. Klo korang pn mesti segan jgk kan, tapi tataw la klo korang ni jenis yg takde perasaan. Hahaha :D patu br la masuk umah, potong cake ape sume, then br la pegi anta si driver ke kJ station and pegi makan dgn si penunjuk jalan kt Wendy's.


Oh yaa, terima kasih awak kerna sudi datang Shah Alam dan jadi driver saya. hahaha :D

love you, malia! ohh, inilah dia si penunjuk jalan. heee :D

1030pm br gerak balik Putrajaya. Dah smpai, kuar lg. 1230am baru jumpa Abah, Ma, 3rd Bro dan Adik yg br sampai from kB.
Pape pun thanks to all my friends dan Dia berdua (si driver dan penunjuk jalan) heee. You made my day. LOVE YOU! mmmwahh.<3 <3 <3

30th november:
Takde pape yg menarik sgt. Anta dan amek kakak pegi keje. Anta kete dia pegi service. Patu amek 2nd Bro kt Kajang station, sgt lah jammed mase tuuu. Borink siot drive kete. Ngantok pn ade. Mlm tu sesi bersama family saje di rumah ;)

SEMASA...~
1st december: 
Sampai kt Padang Kawad UiTM around 1115am. Pastu kena naek bas utk ke Dewan Sri Budiman (DSB), tetibe kena naek bas sorang2. Akak tu cakap, graduan dulu naek bas, family naek next bas. So, terpaksa la sorang2. Dah la dorang sume tataw kt mane nk kena pegi ape sume. So, terpaksa la calling2 all the time, smpai la Abah dan Ma beratur utk masuk dewan. Family laen lepak2 jelah kt khemah yg ade. Sbb memang kad jemputan tu utk 2org je kan. Semua graduates kena berkumpul pukul 12 tghari kt bangunan Budisiswa, tggu giliran nak masuk DSB. Istiadat konvokesyen start pukul 2-5pm. Dah kluar dewan, ujan pulakkkk. Adoiii. Baru je nk amek gamba byk2 tempat, dh tergendala dh rancangan, nk buat macamane kita hanya merancang Allah yg tentukan. Hehehe :D


ni gamba mase kt red carpet. sempat lg my bro snap pic!
thanks again, awak! :)

Punya la ramai gila umat manusia kt situ, saya sudah kehilangan family. Nak bejalan dgn cepat pn susah sbb ramai orang, mereka (family) asyek calling2 aje tanya kt mane. Dah jumpa dorang semua smpat jgk la snap pictures, walopon tak berapa nk banyak sgt. Pastu g anta mortar board and robe then naek bas again ke Padang Kawad. 


tgh call saya sbb saya hilang. dhla kecik, hilang pulak. hahaha


because i love this pic!


ni la antara family yg hadir. thank you and love you! mmwahhh~

Last minute plan, tetibe semua nak ke Damansara nk g jalan2. Kononnya la nk pegi Ikea segala bagai, halfway kesana tak jadi pulak sbb semua dh penat dan tido dlm kete. So, kami semua menuju ke Sri Pentas saje, tgk recording Adik di 9. Sampai Putrajaya dh pkul 1230am dh. Phewww.

SELEPAS...~
2nd december:
Tengah syok tido kena kejut kt bro pulak. Sbb mlm tu ade ckp kt dia nk ikut pegi Cyberjaya jgk. Kononnya nk g beli pendrive 4GB dgn harga rm1. Tapiiii, ade T&C daaa. Kena beli barang above than rm30 for single receipt. Patu nk kne tggu cabutan bertuah pulak. So yeah, beli2 then isi borang utk cabutan bertuah. Alhamdulillah, dpt jgk beli 1 pendrive dgn harga rm1. Pastu petang tu balik Seremban umah 2nd Bro, then pegi Sunway Pyramid. Lepas settle semua kena balik Seremban dulu instead of terus ke Putrajaya sbb kunci motor+rumah tetinggal dlm kete, so kena pi hantar dulu lah kt tmpt abang keje. Kul 130am br la smpai Putrajaya. Pastu besoknye, pagi2 buta2 lg dh gerak balik Kelate.

Itulah hari-hari bahagia dan tenatku. Bahagia sebab boleh bersama friends and family. Jarang boleh berkumpul ramai gtu. Tenat pulak sebab kuar umah pagi2, balik larut malam everyday. Heee :D pape pun sangat enjoyyyyy. Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me this happiness. :) :)

Sekian, wassalam ;)
Welcome to My world