Thursday, December 23, 2010
sejam tanpa eletrik ;)
Tuesday, December 21, 2010
You!
Sunday, December 19, 2010
a week :)
bosan jugak duk umah, bila bosan rasa nk pegi cepat2 je, tapi taknak pegi utk study. tak ready lg ni haaa (dari sem lepas tak penah nk ready kot). hahaha. nak pegi utk suke2 bole takk? :P rasa mcm nak cuti kt umah lama2 lagi je. tapiiii membe2 ramai yg dah blahhh. ish, korang ni pn satu. nape la cuti tak same. saya dh start cuti, korang masih lg exam dan ade yg tgh study week. cuti sem kali ni mcm tak brape best sgt la sbb tak dapat nk kumpul ramai2. i mean, dgn sahabat laa. klo dgn family, cuti ni antara yg sgt best! heee :D okay, act cuti mane2 pon mesti best dgn family, sbb saya akan pegi umah org tu org ni mase start cuti dan bukak sem baru. merapatkan silaturrahim la katakan. hehehe.
i think i should stop now. tak nak dah merepek merapu lebih2. ohh btw, entry ni hanya lah utk isi masa lapang yg tgh bosan ni haaa. nk tgk tv malas. nk jgk ngadap laptop ni. hahaha. bile bosan tanpa member2, mcm ni la. okay, slot kt bawah ini adalah utk sahabat2 ku. heee :D
Wednesday, December 15, 2010
sePi senDiri. . .
Tuesday, December 14, 2010
bengang!
6) tunggu sampai screen dh off baru la simpan lappy
Monday, December 13, 2010
i'm done! :D
Sunday, December 12, 2010
hari-hari bahagia dan tenatku...
Habes story kt Shah Alam, kite pegi ke Damansara pulak. hee :D
Dah nk smpai kt pintu mama dia jemput masuk, baru je melangkah satu kaki terus rase mcm nk kuar balik. Hahahaha. Oh nooooo! Terharu(utk kali kedua) segan malu semua ada. Rupanya dialog itu adalah drama semata2. Ishh. Saya pecaye bulat2 kot. Tak pk pape dah. Lurus jgk la saya ni ek? heee :D Haa, nak taw knape sy nk kuar balik? Sebab mase masuk tu tgk2 si penunjuk jalan tu tgh pegang 3 balloons and 1 cute cake! Sambil tersenyum dan terus nyanyi. Pffft~ terus je mnyorok belakang pintu. Malu dan segan i seyh. Hahaha. Dahla first time pegi umah, jumpa mama dia ape sume. Klo korang pn mesti segan jgk kan, tapi tataw la klo korang ni jenis yg takde perasaan. Hahaha :D patu br la masuk umah, potong cake ape sume, then br la pegi anta si driver ke kJ station and pegi makan dgn si penunjuk jalan kt Wendy's.
Oh yaa, terima kasih awak kerna sudi datang Shah Alam dan jadi driver saya. hahaha :D
Monday, November 22, 2010
saya budak baru belajar :D
Sunday, November 21, 2010
bila sudah borink, saya kembali ;)
dah lame sgt aku tak update blog ni. tgk jelah last update before this entry. sangat lame kan? cuti sem dh bermula, duk rumah bila dah nothing to do camni bole la aku update cket. dgn harapan nak mengimarahkan blog ni. hehe :D
Wednesday, March 31, 2010
3 bulan..??
Sunday, January 24, 2010
Tidur: Kematian Kecil, Kematian: Kiamat Kecil
Allah SWT sebelum menyatakan akan Dirinya yang merupakan penguasa pada hari pembalasan menyatakan bahawa Dialah Rahman (zat yang paling rahmat) dan Rahim (sentiasa menyifati dan bertindak dengan rahmat). Rahmat memberi manusia harapan untuk terus berusaha tanpa takut untuk terjebak di dalam kesilapan. Kesilapan akan sentiasa dapat diperbaiki dan diganti dengan kebaikan kerana rahmat Allah yang Maha besar. Namun, Allah SWT yang mengenali hamba-hambaNya melebihi sesiapa mengetahui bahawa bagi manusia harapan sahaja tidak cukup. Jika harapan sahaja yang disampaikan kepada manusia akan menimbulkan sikap meremehkan dan mengambil mudah akan perkara tersebut. Maka, Allah SWT tidak membiarkan manusia leka terhanyut dalam harapan sahaja tetapi Allah SWT menjaga manusia dengan sesuatu yang berbentuk ancaman.
Itulah sebabnya kita dapat melihat bagaimana setelah Allah SWT memberikan harapan kepada manusia dengan rahmatNya. Allah SWT beri pula ancaman dengan hari pembalasan. Manusia yang memikirkan hal ini berusaha gigih mengejar harapan dan pada masa yang sama gigih mengelak dari terjerumus dalam ancaman. Kegigihan manusia ketika ini berlipat ganda. Manusia menjadi lebih serius dan peka. Lengah dan bertangguh-tangguh bukan lagi menjadi amalan manusia. Bagaimana mungkin untuk berlengah dan bertangguh-tangguh sedang dibelakangnya ancaman mengejar dan didepannya harapan menunggu. Allah SWT berfirman :
“Kabarkanlah kepada hamba-hambaku bahawa sesungguhnya Akulah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah azab yang sangat pedih.” [Al-Hijr : 49]
Menyatakan dengan jelas bahawa Allah SWT sebagai penguasa hari pembalasan adalah ancaman bagi mereka yang tidak bersungguh-sungguh mengejar rahmat. Allah SWT mengingatkan manusia yang sentiasa berlengah mengejar rahmat agar bersungguh-sungguh dan sentiasa bersedia. Peluang melakukan kebaikan tidak terbuka untuk selama-lamanya. Kematian akan hadir dalam keadaan tidak disangka-sangka. Itulah sebabnya kematian dianggap sebagai kiamat kecil. Amalan terputus dan kita semua dimasukkan ke ruangan menunggu. Sambil menerima ganjaran atau balasan di dalam kubur.
“Setiap jiwa akan merasakan kematian..” [Al-Anbiya’ : 35]
Seorang badwi pernah bertanya kepada Rasulullah SAW akan kabar apa jantina yang dikandung isterinya dan akan waktu turunnya hujan dan waktu kematiannya. Maka Allah SWT menurunkan ayat akan lima kunci ghaib yang hanya menjadi ilmu Allah.
1. Ilmu tentang hari pembalasan.
2. Ilmu tentang penurunan hujan, waktu dan tempanya.
3. Ilmu tentang keadaan janin, sifat dan jantinanya.
4. Ilmu tentang apa yang bakal terjadi kepada seseorang di masa akan datang.
5. Ilmu di mana seseorang akan dicabut nyawa.
“Sesungguhnya Allah pada sisiNya sahajalah ilmu tentang hari pembalasan, dan Dialah yang menurukan hujan, dan (Dialah) yang mengetahui apa yang terkandung di dalam rahim, dan tiada seseorang pun dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diterimanya atau diusahakannya (dari kebaikan atau keburukan) besok, dan tiada seseorang pun dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Menegetahui lagi Maha Mengenal.” [Luqman : 34]
Rasulullah SAW mengajar kita agar bijak menyikapi hal ini. Kita perlulah pro-aktif untuk meraih kemenangan dunia dan akhirat. Sabda baginda SAW : “Seorang yang bijak adalah yang menghitung dirinya dan bekerja untuk sesudah kematian.” (atau seperti yang dikatakan)
Ketika hari pembalasan tiba semua manusia akan dicabut nyawa. Tiupan sangkakala yang pertama membuatkan seluruh makhluk hancur. Tiupan sangkakala yang kedua pula membangkitkan semula seluruh manusia dan dikumpulkan di padang mahsyar. Keadaan hari ini bermula dengan kedahsyatan yang tiada tara. Manusia tidak lagi memikirkan yang lain. Saking dahsyatnya Allah SWT gambarkan ibu yang ketika itu mengandung berlari ketakutan hinggakan anak di dalam kandungannya dicicirkan pun si ibu tidak perasan. Tidak ada lagi mereka yang memikirkan anak-anak mereka atau memikirkan ibu-bapa mereka. Apalagi teman-teman. Hanya satu di dalam minda dan diri manusia ketika itu. Bagaimana aku menyelamatkan diri?
Kematian merupakan suatu yang pasti bagi semua manusia. Tidak ada seorang pun yang menafikan dirinya akan mati. Namun, sikap menghadapi mati tidak sentiasa sama. Ada golongan yang percaya kematian hanya sekedar kematian. Mereka ini berusaha sedaya upaya menikmati kenikmatan dunia tanpa peduli apa pun melainkan kepuasan diri mereka. Mereka yang mukmin meyakini bahawa kematian merupakan sebuah permulaan bagi kehidupan baru. Kehidupan yang mereka lalui di atas muka bumi ini adalah peluang untuk mengumpul bekal demi perjalanan hakiki di kehidupan setelah mati.
Ketika Allah SWT menjelaskan tentang diriNya yang merupakan Tuhan semesta alam. Dia mengajak manusia untuk menyedari bahawa alam ini termasuk diri manusia sendiri merupakan ciptaannya. Dia jugalah yang mengatur alam dan diri manusia. Dia jugalah yang memiliki alam dan manusia. Lalu ketika dia mengistiharkan diriNya selaku penguasa hari pembalasan. Sekali lagi dia menegaskan bahawa kepemilikan, penguasaan, pengaturan tetap menjadi miliknya. Seharusnya mereka yang berfikir dapat melihat dan mengakui bahawa dirinya juga termasuk di dalam senarai ciptaan yang merupakan milik Allah SWT.
Antara hidup dan mati, adalah antara peminjam dan pemilik, antara hamba dan tuan.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Demi Zat yang ditangannya nyawaku, sesungguhnya kalian semua akan mati seperti mana kalian tidur dan kalian akan dibangkitkan semula seperti mana kalian terjaga dari tidur. Sungguh manusia sentiasa berada dalam keadaan tertidur (leka) lalu ketika datang kepada mereka kematian barulah mereka terjaga (sedar).” Maka dikatakanlah kepada Bani Adam :
“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.” [Qaaf : 22]
Manusia sentiasa lalai. Kemewahan menggunakan segala anggota tubuh dan kenikmat menjalani kehidupan di dunia telah menyebabkan manusia terlepas pandang akan hal-hal yang berupa kematian, perhitungan, pembalasan dan lain sebagainya. Maka ketika tiba saatnya iaitu pada hari kematian atau hari pembalasan Allah SWT akan mengangkat hal-hal yang dahulu menghalangi manusia dari melihat kematian dan segala yang terjadi setelahnya sehingga manusia ketika itu dapat melihatnya dengan begitu nyata sekali. Segala yang dahulu mereka nafikan di dunia kini diperlihatkan dengan begitu jelas. Tidak ada seorang pun yang tidak akan menyesali keadaan mereka pada saat itu.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada seorang manusia pun yang mati melainkan dia akan menyesali (kematiannya).” Para sahabat bertanya, “Apa yang mereka sesali?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka yang buruk keadaannya menyesali akan keburukan yang telah mereka lakukan sedang mereka yang baik keadaannya menyesal akan kesedikitan kebaikan yang telah dia lakukan. Maka setiap detik yang berlalu bagi manusia yang tidak mengingati Allah akan menyesali kehilangan detik itu.
KEADAAN MANUSIA DI HARI PEMBALASAN
Allah SWT memberi peringatan yang banyak akan hari pembalasan di dalam Al-Quran. Manusia terputus peluang mengumpul bekal. Semua saling memerlukan perlindungan namun perlindungan yang ada hanya perlindungan Allah. Perlindungan khusus disediakan kepada hamba-hamba pilihan Allah SWT. Semua kehausan. Tiada sumber air melainkan yang menjadi pengikut Rasulullah. Mereka yang beruntung sahaja diperkenan meminum air dari tangan baginda SAW yang menghilangkan dahaga buat selama-lamanya. Allah SWT berfirman :
“Hari yang setiap manusia tidak berdaya sedikit pun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.” [Al-Infithar : 19]
Semua orang melaporkan diri mereka kepada Allah SWT selaku penguasa hari dahsyat itu. Manusia mempersembahkan segala yang mereka miliki tanpa mampu menyembunyikan sesuatu atau berdusta.
“Di kala datangnya hari itu, tidak ada seorang pun yang berbicara, melainkan dengan izinNya. Maka, diantara mereka ada yang celaka dan ada yang bahagia.” [Hud : 105]
“Pada hari itu, ketika ruh (Jibril) dan para malaikat berdiri bershaf-shaf, mereka tidak berkata-kata kecuali siapa yang telah diberikan izin kepadanya oleh Tuhan yang Maha Pemurah dan ia mengucapkan kata yang benar.” [An-Naba’ : 38]
Tidak ada yang terselamat dari mahkamah ini. Tidak ada dokumen yang tersembunyi atau hilang. Segala bukti telah didokumenkan di dalam buku amalan setiap individu. Para malaikat yang bertugas sekali pun tidak diberi hak berbicara melainkan dengan izin Allah dan kata-kata mereka pasti akan tepat dan benar.
“Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka. Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami ciptakan kamu pada kali yang pertama, bahkan kamu mengatakan bahawa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu perjanjian (hari pembalasan). Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakukan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula meninggalkan yang besar melainkan ia mencatat semuanya” dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan tuhanmu tidak menganiaya seorang pun.” [Al-Kahfi : 47-49]
Hari pembalasan hadir dan segala sesuatu berada di tangan Allah SWT. Mereka yang bersabar atas diri mereka selama di dunia akan mendapat balasan yang mereka nantikan dari nikmat. Mereka yang zalim dan angkuh selama di dunia menghadapi masalah besar ketika itu.
Allah SWT menggenggam langit dan bumi lalu berseru, “Akulah Raja! Mana raja-raja bumi!!?? Mana mereka yang sombong!!?
“Bagi siapakah kekuasaan pada hari ini (hari pembalasan). Bagi Allah yang Esa lagi Maha Kuasa (Qahhar).” [Al-Ghafir : 16]